at-10-tion :):):)


saya minta maaf kalau anda,anda & anda menunggu n3 terbaru.Saya busy sangat sangat .sorry :)

astana [2]

  Minggu orientasi dah berlalu.Lega.Barulah boleh bernafas dengan aman.Kalau tak..seksa sungguh.Kena berkejar ke sana sini situ.Mengalahkan PM.Kena dengar taklimat,ceramah, taklimat,ceramah,taklimat dan ceramah.Berkajang-kajang benda masuk telinga.Tapi satu pun tak lekat dalam otak.Masuk telinga kiri keluar telinga kanan .
 "Girls ! "
Lamunan terhenti.Pandangan menala kepada Syiq.
"Amende ?" hampir serentak .
 "Esok start belajar kan ? "
"Yupp"jawab Iesah .
"Argh . malasnya " Lily mengeliat .
Andin bangkit dari kerusi . " I'm off " dia melompat ke katil .
"Night girls "
"Night "hampir serentak .


*** 
   
   "...tak sabarnya nak masuk kelas..."
   "...urutkan tangan aku boleh?..."
   "...bila nak habis perhimpunan ni?..."
   "...kau masuk kelas apa ?..."


macam-macam suara boleh dengar.Memang tak hormat orang.Pengetua tengah berucap boleh lagi sok-sek-sok-sek.

"huargh"tangan menutup mulut.Mengantuk.Lily dan Syiq dah 'syahid'.Hari pertama perhimpunan isnin memang bosan.mata mengerling jam.8.20 pagi.Lagi 10 minit . 
  "Saya berharap anda semua batch pertama kolej Astana dapat menunjukkan contoh yang terbaik kepada junior-junior anda nanti.Sampai di sini ucapan saya untuk perhimpunan hari ini.Kita tangguhkan perhimpunan kita dengan surah al-asr dan tasbih kaffarah."
Mulut terkumat-kamit membaca surah al-asr sambil tangan menggoncang Syiq dan Lily yang tengah 'syahid' . 
"Wei bangun ! perhimpunan dah habis"
Mereka terpisat-pisat bangun . "Dah habis ? Cepatnya"Lily menggeliat.
"Memanglah cepat . Kau kan tidur"Andin jeling Syiq dan Lily .Mereka sengih .
"Dah la.jom cari kelas"Andin bangun dari sila .mengibas-ngibas kain sekolah.Syiq bangun diikuti Lily.Mereka mengorak langkah keluar dewan.
 

0 orang menconteng:

meh dengar :)